Amal Kebajikan XM bersama ActionAid – Bekerjasama untuk Membantu Kanak-Kanak

Disiarkn di 03/05/2019 12:55 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Bermula pada tahun 2017, usaha XM untuk bergabung tenaga bersama ActionAid dan menyumbang kepada organisasi antarabangsa Program Bantuan Kanak-Kanak diteruskan lagi pada tahun ini.

Dalam dunia hari ini, oleh kerana bilangan kanak-kanak yang menderita disebabkan kemiskinan tegar, masalah sosial dan kesihatan semakin meningkat, Yayasan XM telah melakukan sehabis baik untuk membantu masyarakat yang terjejas dan meringankan beban yang mereka hadapi.

Khusus dalam meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia, matlamat kempen kemanusiaan kami yang dilancarkan pada tahun 2017 dengan kerjasama erat bersama ActionAid, XM telah memberi tajaan kepada 40 orang kanak-kanak yang tinggal di Afrika dan Asia Tenggara. Penajaan XM yang telah berjalan selama hampir dua tahun dan kerjasama dengan badan-badan kebajikan terkenal membuktikan secara positif menyumbang kesejahteraan kepada 15 orang kanak-kanak dari Bo, Sierra Leone, 15 orang kanak-kanak dari Senanga, Zambia dan 10 orang kanak-kanak dari Madarganj, Bangladesh. Oleh sebab itu, ribuan terima kasih kepada program kebajikan jangka masa panjang kami bersama ActionAid, ramai kanak-kanak dan keluarga mereka telah menerima bantuan kewangan dan moral yang cukup besar dalam memperbaiki taraf kehidupan, pendidikan dan kehidupan seharian.

Di XM, kami semua mempercayai bahawa penubuhan kebajikan yang dijalankan bersama ActionAid mempunyai tujuan yang bermakna iaitu, untuk meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak dan anak muda yang kurang bernasib baik, serta kami berbesar hati melihat usaha kami selama ini telah berjaya.