Program Kebajikan XM bersama YKAKI untuk Membantu Kanak-Kanak yang Menghidap Kanser

Disiarkn di 05/08/2019 08:08 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 17 Julai tahun ini, XM telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat di Indonesia dengan kerjasama daripada YKAKI yang merupakan organisasi kebajikan tempatan dengan menyumbangkan sejumlah bantuan yang besar untuk meringankan beban kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit kanser.

Kakitangan syarikat kami yang aktif mengambil bahagian dalam misi kebajikan XM yang menjelajah ke beberapa lokasi serata dunia untuk memberi bantuan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah berkunjung ke Indonesia pada bulan Julai ini untuk memberi sumbangan kepada Yayasan YKAKI, yang objektif utamanya untuk membantu keluarga dan kanak-kanak yang menderita penyakit kanser.

Dalam usaha untuk menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak yang berjuang melawan penyakit yang ditakuti ini, XM telah menyumbangkan pelbagai bekalan makanan kepada YKAKI, termasuk barang dan aksesori yang diperlukan untuk bayi bersama dengan keperluan mandian, peralatan kebersihan dan pembersihan, peralatan dapur dan aksesori pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak seperti mainan dan buku untuk persekolahan.

Meningkatkan kesedaran awam mengenai isu-isu sosial kritikal bahawa puluhan ribu orang yang terdedah dan membantu komuniti yang memerlukan adalah menjadi kepercayaan XM. Kami bekerjasama bersama YKAKI berpegang kepada komitmen ini dan program kebajikan yang diluangkan bersama kakitangan YKAKI dan bersama-sama kanak-kanak yang meraih sumbangan akan menjadi hari yang istimewa buat kami.