XM Menderma Sumbangan kepada MAPFRE Panamerican University Community Center

Disiarkn di 11/03/2020 11:14 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 7 Mac tahun ini, XM telah memulakan satu lagi acara tanggungjawab sosial korporat yang memberikan impak, kali ini di Mexico City dengan matlamat untuk melakukan sumbangan kepada MAPFRE Panamerican University Community Center.

Acara yang baru dilangsungkan ini adalah melalui kerjasama bersama Yayasan MAPFRE, yang khusus dalam pelbagai aktiviti untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan, kesihatan dan pendidikan bagi orang yang kurang bernasib baik. Sebagai menyumbang semula kepada masyarakat yang merupakan tujuan utama semua sumbangan amal XM, matlamat kami adalah untuk menyumbang dengan cara yang bermakna kepada usaha berterusan oleh MAPFRE Panamerican University Community Center.

Semasa acara satu hari ini, kakitangan XM kami telah bertemu dengan ahli-ahli Lembaga pengarah MAPFRE, serta beberapa kanak-kanak tempatan dengan keluarga mereka untuk menyampaikan sumbangan sejumlah besar peralatan pendidikan bagi memudahkan urusan pembelajaran kanak-kanak yang dibantu oleh MAPFRE. Memandangkan program pendidikan yayasan adalah tunjang utama kepada ahli-ahli komuniti juvana yang hidup dalam kemiskinan, serba kekurangan perkara asas yang boleh menjadikan kehidupan bermaruah, sumbangan yang dilakukan oleh XM mungkin boleh berpotensi menjadi satu titik perubahan antara kekurangan hari ini dan sumber yang diperlukan.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yazmín Mendoza, Pengarah Komitmen Sosial di Universiti Panamerican dan Nydia Valenzuela, Pengarah Yayasan MAPFRE, yang telah membantu kami untuk merealisasikan acara ini.