XM tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Amerika Syarikat.
Gerakan Kemanusiaan - Mewujudkan Peluang Sama Rata

Misi kami adalah untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada individu tanpa mengira latar belakang agama,
budaya atau etnik serta membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran

Melakukan projek yang membantu individu mendapatkan pendidikan dan membina kemahiran vokasional

Bantuan Antarabangsa

Bekerjasama dengan yayasan bantuan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa yang aktif

Visi kami adalah untuk memberi impak positif terhadapkualiti kehidupan manusia di seluruh dunia.

Misi Kemanusiaan Terbaru Kami

post-image

XM Sumbang Pengubahsuaian Klinik Pediatrik

Disiarkan pada 06.02.2023 10:58 GMT

Projek pengubahsuaian Klinik Pediatrik Amerikos Argyriou, Limassol merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami yang terbaharu. Kami telah memberi sumbangan dengan tujuan untuk membantu menambah baik kemudahan dan memberi barangan keperluan yang diperlukan, di samping ia dibangunkan dengan penuh pembaharuan dan pemodenan. Klinik itu merupakan jenis klinik pediatrik pertama di Cyprus yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak khusus. Malah, perundangan baharu perlu diwujudkan ketika penubuhan klinik tersebut, disebabkan oleh ketidakwujudan undang-undang terdahulu yang mengawal jenis pelesenan berkaitan. Penubuhan klinik adalah bertujuan [..]

post-image

XM Memberi Sumbangan Kepada Warga Emas di Peru

Disiarkan pada 01.02.2023 14:03 GMT

Pada bulan Disember lalu, XM dan badan amal Peru Nietos Itinerantes telah bekerjasama untuk menganjurkan permainan bingo kepada warga emas yang memerlukan di Pusat Jagaan Kediaman San Miguel, Lima, di samping menyumbang bekalan perubatan. Kemudahan itu merupakan milik Program Komprehensif Kebangsaan Demi Kesejahteraan Keluarga (INABIF). Walaupun jangka hayat yang panjang merupakan satu rahmat, tetapi ia juga adalah cabaran kehidupan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Misi Pusat Jagaan Kediaman San Miguel adalah menyediakan penginapan, pemakanan, bantuan perubatan, pertolongan, aktiviti riadah dan [..]

post-image

Sambutan Tahun Baru Bersama Kanak-Kanak Sakit

Disiarkan pada 27.01.2023 10:30 GMT

Baru-baru ini, kami telah memberikan sumbangan khas kepada kanak-kanak Filipina yang menghidapi penyakit jantung kongenital, dan keluarga mereka, untuk berkongsi keceriaan Sambutan Tahun Baru. Dengan kerjasama Yayasan Chummy Chum dan Heart Warriors Philippines, kami telah memberi pelbagai sumbangan seperti hadiah, makanan dan perubatan. Sambutan Tahun Baru adalah satu perayaan yang menggembirakan. Namun begitu, kanak-kanak ini sibuk bergelut dengan penyakit mereka, tanpa menghiraukan sebarang sumbangan atau hadiah, bahkan ada sesetengah daripada mereka kekurangan keperluan asas seperti makanan. Kami percaya bahawa setiap [..]

post-image

XM Bantu Mangsa Gempa Bumi Indonesia

Disiarkan pada 27.01.2023 08:02 GMT

XM dan Benih Baik, sebuah pertubuhan bukan untung tempatan, telah bekerjasama untuk menyumbang makanan kepada mangsa gempa bumi dahsyat yang melanda Jawa Barat, Indonesia pada bulan November 2022. Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud telah melanda wilayah Cianjur di pantai barat Pulau Jawa pada 21 November lalu. Pusat gempa yang cetek telah mengakibatkan beribu-ribu penduduk cedera dan kehilangan nyawa, malah, beratus-ratus rumah, sekolah dan kemudahan awam turut mengalami kerosakan atau musnah sepenuhnya. Mangsa gempa bumi yang terselamat secara amnya memerlukan keperluan [..]

post-image

Merealisasikan Impian Anak Muda Afrika Selatan

Disiarkan pada 25.01.2023 11:00 GMT

Kami berbesar hati untuk terus menyokong Yayasan Reach for a Dream, dan membantu merealisasikan impian lebih ramai kanak-kanak yang berhadapan dengan penyakit mengancam nyawa di Afrika Selatan. Aktiviti harian merupakan satu perjuangan untuk kanak-kanak berkenaan. Sehubungan dengan itu, kami telah memenuhi impian 5 orang kanak-kanak sepanjang musim perayaan pada tahun 2022, untuk menggembirakan secebis masa kehidupan kanak-kanak mereka. Aatiqah Benjamin Aatiqah ialah seorang gadis pintar yang menggemari buku mewarna, filem Spiderman dan kartun Peppa Pig. Dia juga suka bermain bersama [..]

post-image

XM Beri Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Rohingya

Disiarkan pada 13.01.2023 09:42 GMT

Kami sentiasa berpegang teguh pada prinsip dan misi utama XM, iaitu meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai dan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Baru-baru ini, XM dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) telah bekerjasama untuk menyediakan peralatan sekolah kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di tiga pusat pendidikan yang terletak di Selangor dan Johor. Pasukan luar negara kami, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Stavri Morti, telah melawat salah satu pusat pendidikan organisasi berkenaan, iaitu Tahfiz Al-Amin, untuk mengagihkan bahan sumbangan [..]

post-image

XM Menceriakan Hari Krismas Anak-Anak Hospital

Disiarkan pada 10.01.2023 13:43 GMT

Pada bulan Disember, kami telah melawat kanak-kanak di Hospital Tygerberg, Cape Town, Afrika Selatan bersama sukarelawan Yayasan Reach for a Dream dengan tujuan yang baik, iaitu menggembirakan kanak-kanak dengan penyakit yang mengancam nyawa di hospital tersebut. Bagi merealisasikan perkara ini, kami telah meminta kanak-kanak itu berkumpul di taman permainan hospital bagi meraikan pesta Krismas yang mengejutkan. Hiburan yang disediakan oleh Yayasan Reach for a Dream telah memukau ramai kanak-kanak dengan aksi ajaib dan jenaka yang menggelikan hati kecil mereka. Sambutan [..]

post-image

Sarapan Tengah Hari Amal XM Dengan Tujuan Khas

Disiarkan pada 05.01.2023 11:59 GMT

Pada bulan Disember 2022 yang lalu, XM telah menganjurkan sarapan tengah hari amal yang ke-5, dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi anak-anak yatim Uganda. Oleh itu, kami telah menjual barangan Uganda dan pelbagai makanan di pejabat kami yang terletak di Cyprus dan Greece. Secara tidak langsung, acara ini juga merupakan sebahagian daripada sokongan XM yang berterusan terhadap Rumah Anak Yatim Saint Antonios, Monde. Sekali lagi, pekerja XM berpeluang untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan membeli dan menikmati hidangan [..]

post-image

XM Menyokong Pusat Perlindungan Haiwan Cyprus

Disiarkan pada 14.12.2022 12:05 GMT

Pada bulan November, kami telah memberi sumbangan kepada Sirius Dog Sanctuary, Cyprus bagi membantu mereka dengan kos makanan anak-anak anjing. Di samping itu, sukarelawan juga kami berpeluang meluangkan masa seharian untuk bermain, memberi makan dan berjalan bersama-sama anjing di pusat perlindungan itu. Sirius Dog Sanctuary ialah rumah kepada lebih 170 anjing liar. Ia diuruskan oleh pasukan sukarelawan tanpa sebarang pembiayaan dari kerajaan dan mereka hanya bergantung kepada sumbangan amal daripada orang ramai. Halaman media sosial tempat perlindungan itu juga sering [..]

post-image

XM Menaja Arca Ikan Kitar Semula di Cyprus

Disiarkan pada 13.12.2022 08:07 GMT

Sebuah arca logam yang besar dan berbentuk seekor ikan telah dipasang di pantai Germasogeia, Cyprus, Limassol pada bulan November lalu. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara XM dan Organisasi Ena Emeis untuk menggalakkan kitar semula dan mengurangkan pencemaran plastik. Pantai Germasogeia adalah destinasi popular pelancong dan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pantai ini juga dikenali dengan isu sampah yang menjejaskan keindahan alam semula jadi dan marin di sekelilingnya. Oleh itu, pemasangan arca ini adalah bagi menggalakkan para pengunjung untuk mengitar semula, [..]

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.