XM Memberi Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran di Greece

Disiarkn di 31/07/2018 12:39 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sebagai inisiatif untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran hutan yang dahsyat di Greece pada bulan Julai ini, XM menyumbangkan EUR 5,000 kepada mangsa dan keluarga mereka sebagai usaha untuk melegakan trauma yang yang dialami oleh mereka.

Jumlah kematian mencecah 70 orang dengan 200 yang terselamat cedera disebabkan oleh kebakaran hutan yang merebak dengan sangat cepat. Kebakaran bermula di sekitar Athens, ibu negeri Greece yang mengakibatkan lebih 700 orang terpaksa dipindahkan dengan kebanyakan mereka dari kawasan Mati.

Bencana yang teruk ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan di pihak XM tetapi ia turut mencetuskan tindakan segera untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mangsa dan keluarga mereka.

Sumbangan yang diberikan oleh XM ini bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas teruk dalam kejadian malang yang berlaku di Greece dan ia juga merupakan komitmen kami untuk bersama dengan mereka yang sedang menderita dan memerlukan pertolongan.

XM ingin mengucapkan takziah kepada mangsa dan juga kepada keluarga mereka dan kami berharap bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka.