6 Kelas Aset - 16 Platform Dagangan - Lebih 1000 Instrumen
Pandemik Covid-19 masih memberi kesan terutamanya kepada masyarakat miskin di seluruh dunia. Ramai yang terpaksa hidup dari kesan pandemik ekonomi global, yang mengakibatkan mereka susah untuk bertahan, menyokong dan melindungi keluarga mereka.
Dalam usaha kami untuk membantu orang yang sangat memerlukan, dan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami, kami telah menyumbang kepada projek amal Dompet Dhuafa #MelawanCOVID-19 (Ayo Bersama Lawan Corona) untuk membantu menyediakan makanan, perkhidmatan kesihatan dan sanitasi ke Desa Babakan Pasar, Kecamatan Bogor Tengah, Kota Bogor, Jawa Barat.
Dompet Dhuafa adalah sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan di mana ianya ditubuhkan untuk memperkasakan orang miskin melalui kegiatan dermawan. Misi mereka adalah mewujudkan perkhidmatan lestari yang memberi kemerdekaan kepada komuniti lestari. Visi mereka pula ialah untuk mewujudkan masyarakat dunia yang berdaya saing melalui perkhidmatan, advokasi dan keadilan.
Kami tetap komited untuk membantu seberapa banyak individu yang kurang bernasib baik di seluruh dunia, dan kami akan menyokong lebih ramai orang, keluarga dan komuniti mereka dalam masa terdekat.
Jika anda juga ingin menyumbang kepada Dompet Dhuafa, sila layari laman web mereka di sini.
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.
Dengan menekan butang "Masuk", anda bersetuju bahawa data peribadi yang diberikan melalui live chat akan diproses oleh Trading Point of Financial Instruments Limited, berdasarkan Dasar Privasi syarikat untuk memenuhi tujuan anda mendapatkan bantuan dari Jabatan Khidmat Pelanggan kami.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan di atas, anda juga boleh menghubungi kami melalui Ruang Keahlian atau emelkan kepada malay.support@xm.com.
Semua panggilan masuk dan keluar serta lain-lain komunikasi elektronik (termasuk mesej perbualan atau emel) di antara kami dan anda akan direkod dan disimpan untuk tujuan pemantauan kualiti, latihan dan pengawal seliaan.