XM Memberi Sumbangan untuk Kebajikan Kanak-Kanak di Afrika Selatan

Disiarkn di 25/10/2018 06:58 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Penubuhan amal Yayasan XM yang merangkumi dunia, menghulurkan bantuan kepada individu dan masyarakat yang memerlukan dengan tujuan untuk menyumbang kepada kebajikan mereka dengan cara yang bermakna.

Mengekalkan komitmen kami bahawa bantuan kewangan dan sokongan moral tanpa sempadan, tidak kira bila dan di mana ia diperlukan, sebahagian daripada ahli pasukan kami yang berdedikasi bagi pihak XM telah mengembara ke Afrika Selatan untuk bekerjasama dengan Food Forward SA (FFSA).

Oleh kerana FFSA yang berpangkalan di Cape Town adalah organisasi kebajikan yang didorong oleh misi untuk mengurangkan kelaparan dan kebuluran di Afrika Selatan dengan menyediakan makanan yang berkualiti kepada mereka yang memerlukan nutrisi yang sihat, XM telah menyumbang untuk membantu FFSA membeli lori ais untuk pengangkutan yang selamat dan efisyen terhadap produk makanan yang mudah rosak. Kami percaya bahawa sumbangan kami bukan sahaja memberi manfaat kepada pengangkutan makanan yang lebih mudah tetapi juga dalam membekalkan peningkatan kepelbagaian pemakanan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan.

Berikutan ini, pasukan XM telah meneruskan perjalanan ke Makhaza, Khayelitsha untuk memberikan sumbangan XM kepada Zanokhanyo Children’s Safety Home, yang telah melakukan kerja amalnya bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan beperikemanusiaan untuk kanak-kanak yang memerlukan. Dengan sumbangan kami yang bertujuan untuk menyumbang kepada taraf hidup lebih baik kepada lebih daripada 25 anak muda yang tinggal di rumah kanak-kanak termasuk taman permainan yang lebih selamat, kemudahan sistem kebersihan awam yang dimodenkan dan akhir sekali iaitu peralatan pembelajaran.

Kami rasa sangat gembira kerana berpeluang bertemu dengan masyarakat setempat dan layanan baik serta keramahan mereka menyambut kami. Gambar-gambar di bawah ini, kami merakamkan detik-detik menyentuh hati yang sebahagiannya lebih daripada simbolik kepada kami: menanam pokok – meletakkan baja dan pertumbuhan masa depan.