XM Menderma kepada Hospital Bangkok untuk Memerangi Covid-19

Disiarkn di 12/06/2020 07:24 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dengan matlamat untuk membantu pekerja barisan hadapan yang terdedah kepada pandemik Covid-19 dalam pekerjaan seharian mereka, XM telah menyampaikan sumbangan kepada Hospital Bhumibol Adulyadej yang berpusat di Bangkok pada 22 Mei yang lalu.

Semenjak wabak ini merebak, XM telah mengambil inisiatif untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbang dana kepada institusi kesihatan yang memerlukan untuk usaha berterusan membasmi jangkitan Covid-19.

Oleh kerana jumlah jangkitan yang merebak di seluruh dunia telah melebihi 7 juta, usaha untuk membendung virus dan melindungi nyawa masih diteruskan. Sumbangan terbaru yang disampaikan oleh XM kepada Yayasan Hospital Bhumibol Adulyadej, yang mengumpul dana untuk memastikan peralatan perubatan untuk kakitangan mereka, terus berkhidmat dengan matlamat yang murni untuk membantu pekerja barisan hadapan yang tidak pernah kekal erti penat lelah dalam melindungi nyawa yang tidak berdosa.