XM Menyumbang kepada Palang Merah Lubnan

Disiarkn di 06/08/2020 12:00 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Letupan besar yang berlaku pada 4 Ogos yang lalu di Pelabuhan Beirut telah mengejutkan seluruh dunia. Banyak kematian, ribuan orang tercedera, kira-kira 50% bandar mengalami kerosakan yang teruk dan jumlah orang yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan masih lagi belum diketahui, ini adalah bencana yang sangat dahsyat bagi bandar Beirut.

Kami ingin menyatakan simpati, sokongan dan solidariti tidak berbelah bagi kami kepada penduduk Beirut dengan menyumbang satu jumlah yang besar kepada Palang Merah Lubnan untuk membantu menyelamatkan nyawa sebanyak yang mungkin. Kami berharap agar penduduk yang tercedera dan yang berada dalam keadaan bahaya dapat diselamatkan tepat pada masanya serta kami ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang yang tersayang.

Kami berdiri teguh bersama Lubnan dan menggesa sesiapa yang ingin menyumbang kepada Palang Merah Lubnan. Sebarang sumbangan anda akan membantu menyelamatkan nyawa. Untuk menderma, sila klik di sini.