Sumbangan XM kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Memerangi COVID-19

Disiarkn di 20/03/2020 10:51 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dalam usaha untuk meringankan pandemik global yang berpunca oleh coronavirus (COVID-19), XM telah memberi sumbangan ikhlas kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 18 Mac.

Wabak epidemik coronavirus pada bulan Disember telah mencapai kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menjangkiti lebih 200,000 orang di lebih 160 buah negara dan wilayah di seluruh dunia pada 17 Mac.

Semasa penyelidik perubatan di seluruh dunia bekerja sepanjang masa untuk mencari dan menguji vaksin untuk wabak COVID-19 yang mengancam nyawa, seluruh dunia menunjukkan perpaduan dan membantu dengan cara terbaik.

Demi melibatkan semua individu, institusi dan korporat bekerjasama dalam menyumbang kepada usaha tindak balas global dalam memerangi COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia bergabung dengan Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Yayasan Dermawan Switzerland untuk melancarkan Tabung Dana Solidariti.

Ini adalah masa untuk bertindak secara perpaduan dan usaha yang bertujuan menyelamatkan ratusan ribu nyawa. Dengan menderma kepada Tabung Dana Solidariti, XM dengan berbesar hati menjemput semua pelanggan dan rakan kongsi untuk menghulurkan bantuan jika anda boleh.

Sekiranya anda ingin membantu, sila lakukan derma anda di Tabung Dana Solidariti oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) -> di sini.