XM Menyumbang kepada Persatuan Pakar Perubatan Muda Vietnam

Disiarkn di 21/01/2021 10:30 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Ketika bencana alam iaitu hujan lebat yang menimpa baru-baru ini di wilayah Vietnam Tengah, Quang Binh, Quang Tri dan Thua Thien Hue telah mengakibatkan banjir melanda di banyak tempat termasuk di kawasan kampung, bandar, jalan raya dan infrastruktur lain. Ramai mangsa telah kehilangan rumah, barang keperluan serta binatang ternakan dan mereka sangat memerlukan bantuan untuk kembali menjalani hidup secara normal.

Pada 22 November 2020, sebagai sebahagian daripada dasar dan inisiatif tanggungjawab sosial, kami menyumbang kepada program For Central People yang dilaksanakan oleh Persatuan Pakar Perubatan Muda Vietnam untuk menghulurkan sumbangan serta membantu mangsa banjir dengan memberikan mereka jaket keselamatan, pembersih air, bot terapung dan barang keperluan lain seperti pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan percuma serta hadiah.

Ditubuhkan pada 1990, Persatuan Pakar Perubatan Muda Vietnam, adalah salah satu organisasi amal yang tidak berasaskan keuntungan terletak di Ho Chi Minh City yang terdiri daripada sekumpulan doktor perubatan yang sering menjemput individu, dermawan dan organisasi lain untuk menyumbang kepada kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mulut tanpa pra-pembedahan dan sektor kesihatan secara umum.

Kami akan terus komited untuk membantu seberapa banyak orang yang kurang bernasib baik, supaya keluarga mereka dan masyarakat dapat bertahan dan berkembang dengan maju. Kami akan sentiasa membantu Persatuan Pakar Perubatan Muda Vietnam, serta pertubuhan amal yang lain, pada masa akan datang.