Acara Pendidikan XM Educational Berakhir dengan Kejayaan di Manila dan Cagayan de Oro

Disiarkn di 02/08/2019 09:15 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sebanyak dua acara pendidikan forex terbaru telah dianjurkan oleh XM di Filipina di mana pedagang runcit berpeluang untuk memperoleh pengetahuan praktikal mengenai teknik pelaburan atas talian dan membentuk kemahiran dagangan mereka.

Bandar-bandar yang dikunjungi oleh kakitangan syarikat kami ialah Manila pada 13 Julai, diikuti dengan Cagayan de Oro pada 27 Julai di mana Jonathan Lou Reyes, Ketua Pengajar Filipina telah menyampaikan taklimat mengenai teknik analisis teknikal dengan penekanan khas pada indikator Moving Average Ribbon.

Dengan contoh yang jelas, Jonathan Lou Reyes menunjukkan bagaimana Moving Average Ribbon dapat digunakan untuk menilai kekuatan trend pasaran, mentafsir isyarat untuk potensi pertukaran arah serta mengenal pasti kawasan rintangan dan sokongan dengan lebih tepat. Di setiap lokasi acara, seminar-seminar ini telah disimpulkan dengan terperinci mengenai teknik pengurusan wang yang tertentu untuk memastikan risiko di tahap yang minimum.

Ia merupakan satu keseronokan kerana dapat berhubung semula dengan sejumlah besar pelanggan di setiap bandar yang kami lawati dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu kami kerana mengambil bahagian dalam seminar-seminar kami. Oleh kerana siri seminar kami masih berterusan di Filipina, dengan ini kami ingin menjemput pedagang runcit yang berminat untuk membangunkan teknik pelaburan mereka dengan bantuan pendidikan percuma XM untuk menyertai acara kami yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar kami yang akan datang dan untuk menempah tempat duduk anda lebih awal, sila klik sini.