Hari Keluarga XM Berakhir dengan Kejayaan di Malaysia

Disiarkn di 02/09/2019 11:28 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Buat kali kedua sejak tahun 2018, pada 24 Ogos XM telah menganjurkan satu aktiviti luar yang pasti akan diingati untuk pelanggan XM dan keluarga mereka dengan berpeluang untuk menikmati masa berkualiti pada Hari Keluarga XM.

Lokasi acara ini merupakan persekitaran yang sempurna buat pelanggan kami untuk meraikan jalinan kekeluargaan dan menikmati kehijauan persekitaran yang indah dan suasana yang santai di Malaysia Agro Exposition Park Serdang.

Hari Keluarga XM telah dianjurkan untuk pelanggan kami dan ahli keluarga mereka yang memberi penghargaan kepada kami dengan kehadiran mereka, menampung keperluan daripada pelbagai peringkat umur dengan menawarkan mereka hari yang penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan, hiburan dan kejutan.

Kami bukan sahaja berbesar hati untuk menyatakan penghargaan kami kepada pelanggan kami secara peribadi tetapi kami juga berpeluang untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan keluarga mereka dan meluangkan masa bersama dengan penuh kemesraan.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kami yang mengambil bahagian dalam Hari Keluarga XM 2019 dan dalam beberapa gambar di bawah kami ingin berkongsi kemuncak utama acara yang sangat istimewa ini.