Diskusi Panel Kewangan Eksklusif Berakhir di Kuala Lumpur

Disiarkn di 06/08/2019 08:01 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

XM telah menganjurkan diskusi panel kewangan eksklusif di Kuala Lumpur pada 27 Julai, dengan penyertaan tiga pakar kewangan terkemuka sebagai penceramah utama yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman unik dengan penonton dan maklumat langsung mengenai landskap kewangan global hari ini.

Dianjurkan di premis Sheraton Imperial Hotel, acara interaktif yang diadakan secara percuma ini membawa bersama pakar-pakar pasaran terkenal dan sejumlah besar tetamu yang berminat untuk mendapatkan pandangan relevan dalam sentimen keseluruhan pasaran bersama dengan peluang pelaburan yang ditawarkan oleh pasaran global untuk pedagang runcit atas talian.

Penceramah-penceramah utama acara tersebut adalah seperti sedia maklum iaitu instruktor forex profesional dan pelabur atas talian yang berpengalaman Mohd Helmi Izani dan Zulle Razak, bersama dengan tetamu istimewa Peter McGuire, Ketua Pegawai Eksekutif XM Australia. Tiga pakar profesional pasaran ini bertujuan untuk membantu para peserta seminar untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai pasaran kewangan semasa untuk mengenal pasti bidang pelaburan baru dan mencapai hasil pelaburan yang mampan serta analisis makroekonomi termasuk analisis trend ekonomi dan kemungkinan kesan langkah monetari kepada dagangan runcit yang merupakan teras perbincangan panel.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tetamu kami yang menyertai acara ini dan kami berharap ianya menjadi sebahagian daripada diskusi yang membuahkan hasil dengan memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.