XM Menganjurkan Ulang Tahun Gala Pertama di Bandar Raya Mexico

Disiarkn di 15/03/2019 10:09 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Penganjuran sambutan ulang tahun yang pertama untuk meraikan kewujuduan kejayaan perniagaan kami di Amerika Latin, XM telah menganjurkan majlis makan malam gala di Bandar Raya Mexico pada 2 Mac yang lepas dengan dihadiri sejumlah besar tetamu yang sudi berkongsi masa untuk kenangan bersama.

Sambutan gala tersebut untuk memperingati detik-detik penting dalam sejarah korporat syarikat kami di mana kami sangat berbesar hati untuk meraikannya bersama rakan-rakan niaga dan pelanggan-pelanggan yang menyertai kami pada malam yang penuh gemilang di Museo Hacienda de Santa Mónica.

Pada malam gala yang dianjurkan sebagai tanda terima kasih kami kepada para rakan niaga dan pelanggan Amerika Latin kami, telah disambut dengan penuh keakraban dan mencerminkan ikatan yang utuh. Makan malam mewah dan pelbagai persembahan secara langsung menanti para tetamu kami dan apabila acara telah bermula, cabutan bertuah eksklusif XM menambahkan lagi seri pada majlis malam itu dengan semua tetamu kami ternanti-nanti keputusan undian cabutan bertuah. Sebanyak 15 hadiah yang menjadi igauan ditawarkan kepada para tetamu kami bernilai lebih daripada $47,000, menampilkan kerete Mercedes-Benz A-Class sebagai hadiah utama bersama-sama dengan lebih banyak hadiah-hadiah hebat lain untuk dimenangi.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang telah dimenangi yang boleh dilihat di bawah.

Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah ID Akaun MT4/MT5
Hadiah Pertama: Kereta Mercedes-Benz A-Class 42058692
Hadiah Ke-2: Motosikal BMW G310R 33154496
Hadiah Ke-3: $3000 baki di dalam akaun dagangan XM 31123074
Hadiah Ke-4: Stesen dagangan (4 skrin + PC) 18109197
Hadiah Ke-5: Stesen dagangan (2 skrin + PC) 43008523
Hadiah Ke-6: Komputer Riba 4417451
Hadiah Ke-7: Percutian ke Cancun untuk 2 orang dengan penginapan 2 malam di hotel 5 bintang 13693128
Hadiah Ke-8: Samsung Galaxy Note 9 2753212
Hadiah Ke-9: Apple iPhone XS Max 64 GB 39063114
Hadiah Ke-10: iPad Pro 10.5” 64 GB (Wi-fi) 2766870
Hadiah Ke-11: Lembu Wall Street yang dicat oleh tukang kayu Mexico 4403135
Hadiah Ke-12: Apple Watch Siri 4 38100707
Hadiah Ke-13: $500 baki di dalam akaun dagangan XM 4554516
Hadiah Ke-14: $300 baki di dalam akaun dagangan XM 24114322
Hadiah Ke-15: $200 baki di dalam akaun dagangan XM 11289279

Sebagai tuan rumah untuk acara ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menghadiri gala XM di Bandar Raya Mexico dan berkongsi kemeriahan yang luar biasa bersama kami. Beberapa acara kemuncak yang sempat dirakam pada malam yang sukar untuk dilupakan boleh dilihat di bawah.