XM Menganjurkan Seminar Dagangan Konfluens di Kuala Lumpur

Disiarkn di 17/10/2019 07:05 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Acara terbaru siri seminar lanjutan XM yang telah dihoskan di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur pada 12 Oktober di mana kami telah kembali sekali lagi untuk menyambut kedatangan sejumlah besar pedagang runcit yang telah mengambil bahagian untuk memperolehi pemahaman yang lebih baik mengenai teknik dagangan forex.

Acara pendidikan ini telah berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan menampilkan penyampaian bersama oleh Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani, dua pakar pasaran yang terkemuka dan instruktor forex yang berpengalaman di Malaysia. Topik yang diterangkan secara terperinci kepada para penonton adalah mengenai cara paling berkesan untuk menggunakan teknik konfluens dalam pelaburan atas talian dengan menggunakan indikator Avramis River.

Untuk menunjukkan bagaimana strategi dagangan yang berbeza dapat digabungkan dengan berjaya supaya dapat menyesuaikan dengan matlamat pelaburan individu dan teknik pengurusan risiko yang telah diterapkan, penceramah seminar kami telah mengkhususkan masa terhadap aspek praktikal konfluens dalam forex. Selain itu, tetamu kami juga berpeluang membiasakan diri mereka dengan Avramis River, iaitu indikator yang wajib dimiliki oleh pedagang untuk mengukur sentimen pasaran dan mengenal pasti instrumen yang mempunyai aliran terkuat untuk didagangkan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam seminar XM pada 12 Oktober yang lalu. Seperti kebiasaan, kami mengambil kesempatan untuk berhubung semula dengan para pelanggan kami secara peribadi yang telah menghadiri acara ini untuk membincangkan lebih lanjut mengenai keperluan pelaburan mereka di XM.

Sehingga kami kembali ke Malaysia, kami ingin menjemput pelabur atas talian yang berminat untuk meneruskan pendidikan forex mereka dengan mengikuti sesi webinar percuma kami secara langsung di sini.