Seminar Analisis Teknikal Forex Berakhir di Maghribi

Disiarkn di 08/10/2019 12:52 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada suku kedua bulan September, XM telah mengalu-alukan sejumlah besar pedagang Maghribi di seminar forex percuma yang telah dianjurkan di bandar Casablanca dan Agadir.

Diadakan di Casablanca pada 21 September dan diikuti di Agadir pada 28 September, seminar bertajuk Mengenal Pasti Pertukaran Trend dengan Candlestick dan Avramis River telah direka khas untuk memperlihatkan mengapa alat analisis teknikal tertentu dianggap syarat wajib untuk berjaya dalam dagangan.

Di setiap lokasi acara, peserta seminar kami berpeluang untuk mempelajari maklumat berguna mengenai teknik dagangan terbaik yang digunakan dalam dagangan mata wang dan instrumen kewangan yang lain daripada Habib Akiki, Pakar Strategi Pasaran Tradepedia.

Semasa penyampaian seminar, Habib Akiki telah memperkenalkan para peserta terhadap semua aspek berkaitan dagangan carta candlestick yang membantu pelabur untuk meramal pergerakan pasaran dan menilai keseluruhan arah harga. Di samping menunjukkan penerangan teori dengan contoh praktikal, para tetamu kami juga berpeluang untuk membiasakan diri mereka bagaimana untuk menggabungkan carta candlestick bersama indikator teknikal untuk data pasaran yang lebih tepat.

Indikator teknikal khusus yang dipertontonkan di seminar XM yang boleh dipelajari adalah Avramis River, di mana ianya boleh digunakan untuk mengukur sentimen dan volatiliti pasaran dengan mudah serta mengenal pasti aliran instrumen kewangan yang kuat.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah mengambil bahagian dalam seminar kami di Casablanca dan Agadir.