Jelajah Seminar Dagangan Forex XM 2019 Bermula di Malaysia Tidak Lama Lagi

Disiarkn di 16/01/2019 13:25 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada Februari 2019, XM meneruskan jelajah seminar di seluruh Malaysia bagi menyediakan pendidikan dagangan forex percuma kepada pelabur atas talian yang baru dan berpengalaman yang mempunyai keinginan untuk belajar daripada yang terbaik dan berhasrat untuk mengembangkan kemahiran dagangan mereka demi memperolehi hasil yang lebih baik.

Tiga destinasi pertama ialah Pulau Pinang, Melaka dan Kedah diikuti oleh beberapa bandar lain di mana wakil syarikat kami berharap untuk bertemu dengan pelanggan baru dan sedia ada yang akan menyertai acara tersebut.

Di setiap lokasi seminar, pengajar profesional Mohd Helmi Izani akan mengulas tajuk mengenai Strategi Dagangan Swing Avramis, yang direka untuk memberikan maklumat berharga mengenai alatan analisis teknikal yang digunakan untuk menunjukkan jangkaan harga kami dalam dagangan swing meramal bagaimana forex atau instrumen kewangan yang lain boleh didagangkan di bawah keadaan pasaran yang berbeza.

Semua butiran yang dijelaskan dan ditunjukkan oleh Mohd Helmi Izani dengan contoh sebenar bertujuan untuk mengajar peserta seminar bagaimana untuk menentukan di mana untuk melakukan pesanan untuk memasuki pasaran, pesanan ambil keuntungan dan henti kerugian, bagaimana untuk mengenal pasti dan berdagang di luar paras sokongan dan rintangan serta yang terakhir teknik apa yang digunakan utk pengurusan risiko yang mampan.

Untuk membaca lebih lanjut tentang menghadiri seminar percuma dan mendaftar di bandar dan tarikh pilihan anda, sila klik sini.