Seminar Forex XM Telah Selesai di Pulau Pinang, Melaka, Kedah

Disiarkn di 05/04/2019 08:40 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Antara 23 Februari dan 30 Mac, kakitangan XM bersama-sama pengajar forex profesional, Mohd Helmi Izani telah mengunjungi tiga bandar raya di Malaysia dengan membawakan siri seminar forex yang ditawarkan secara percuma untuk pelanggan-pelanggan XM.

Topik seminar popular yang bertajuk Strategi Dagangan Avramis Swing telah disampaikan oleh Mohd Helmi Izani di Pulau Pinang, Melaka dan Kedah di mana setiap peserta seminar berpeluang mempelajari butiran praktikal secara langsung daripada pedagang yang berpengalaman, memberikan nilai tambahan dalam seminar kali ini.

Semua pelabur atas talian yang masih baru dan berpengalaman yang menyertai seminar kami di setiap bandar ini telah menerima banyak pendedahan tentang teknik dagangan tertentu yang terbukti sangat berguna apabila melabur dalam forex atau instrumen kewangan yang lain bersama contoh-contoh praktikal bagaimana menggunakannya dalam aktiviti dagangan.

Sebagai bonus penyampaian khas di setiap bandar, semua peserta seminar kami juga diperkenalkan kepada beberapa alatan dagangan automatik Tradepedia iaitu Indikator Avramis Swing dan Indikator Pertukaran Trend Avramis, yang kedua-duanya direka untuk membantu pedagang menilai kekuatan trend, merancang titik entri dan keluar serta menguruskan risiko.

Dengan ini, kami berbesar hati untuk menjemput semua orang yang telah terlepas seminar kami untuk mengambil bahagian dalam seminar pendidikan XM yang akan datang di Kuching dan Miri tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut tentang seminar kami yang akan datang dan mendaftar secara percuma, sila klik sini.