Seminar Forex XM Telah Disempurnakan di Bogotá dan Santiago de Chile

Disiarkn di 10/10/2019 08:02 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dengan lebih daripada lima belas seminar forex seminar yang telah dianjurkan di Amerika Latin sejak bulan Januari yang lalu, XM meneruskan lagi siri seminarnya di pelbagai negara merentasi Hemisfera Barat untuk menyediakan pendidikan forex profesional kepada pedagang forex yang semakin giat berkembang.

Kedua-dua lokasi acara di Amerika Latin baru-baru ini, di mana kami menawarkan kehadiran secara percuma kepada pelanggan baru dan sedia ada XM, di Bogotá pada 14 September dan Santiago de Chile pada 28 September. Kami sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran peserta seminar kami di mana mereka berpeluang untuk mempelajari butiran berguna mengenai pelbagai aspek dagangan dalam forex dan instrumen yang lain.

Dibentangkan oleh instruktor profesional Jarek Duque di Bogotá dan Felipe Erazo di Santiago de Chile, kedua-dua seminar ini bertujuan untuk merungkai kelebihan analisis teknikal dalam pelaburan atas talian termasuk indikator utama seperti indikator Average Directional Index (ADX), Parabolic SAR (Stop and Reverse) dan akhir sekali indikator teknikal milik Tradepedia, iaitu Avramis River.

Untuk memaksimumkan proses pembelajaran, kedua-dua seminar termasuk siri demonstrasi secara langsung tentang bagaimana untuk mengenal pasti aliran pasaran, menggabungkan isyarat untuk mengenal pasti titik perubahan pasaran dan mencari aliran pasaran yang kukuh pada setiap kerangka masa.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta seminar yang telah menyertai seminar kami di Bogotá dan Santiago de Chile. Oleh kerana seminar forex seterusnya akan diadakan di Amerika Latin, kami ingin menjemput para pelanggan kami ke acara pendidikan seterusnya di Panama dan Peru pada bulan Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut dan menempah tempat duduk anda lebih awal, klik sini.