Seminar Forex XM Menjangkau Lebih Banyak Destinasi di Mexico

Disiarkn di 09/12/2019 09:33 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dua lagi acara pendidikan forex telah berjaya disempurnakan di Amerika Latin di mana ahli kakitangan XM yang berdedikasi dengan sukacitanya mengalu-alukan pelabur tempatan ke seminar forex percuma di Querétaro pada 19 Oktober, diikuti dengan Bandar Raya Mexico pada 30 November.

Keupayaan untuk meletakkan alat analisis teknikal dalam keadaan yang baik apabila mengukur momentum pasaran, kekuatan aliran dan tindakan harga adalah penting untuk pelabur atas talian, XM menawarkan seminar secara percuma kepada pedagang tempatan yang ingin memperoleh pengetahuan yang berguna mengenai teknik dan strategi forex di kedua-dua bandar.

Instruktor forex yang diiktiraf, Jarek Duque telah menyampaikan taklimat secara terperinci di Querétaro mengenai berdagang menggunakan indikator Moving Average Ribbon, sementara di Bandar Raya Mexico, beliau telah mencuri tumpuan hadirin dengan penyampaian maklumat praktikal mengenai penggunaan Bollinger Bands.

Dalam dua seminar ini, penekanan bertumpu kepada pelbagai teknik mengikuti aliran dan kepentingan menggabungkan strategi pengurusan risiko ke dalam rutin pelaburan. Pada setiap lokasi acara, contoh sebenar yang diterima penonton kami daripada Jarek Duque merupakan sebahagian yang berkaitan dengan penyampaian beliau dan dengan itu telah membantu para tetamu seminar kami dengan membangunkan pemahaman yang lebih baik mengenai alat analisis teknikal.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah menghadiri seminar kami di Querétaro dan Bandar Raya Mexico.