Seminar Analisis Teknikal Forex XM Seterusnya: Tunisia

Disiarkn di 17/09/2019 08:10 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Oktober, XM akan memperluaskan pelbagai jenis seminar forex ke seluruh Afrika Utara, iaitu di destinasi terbarunya di Tunisia.

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa seminar yang bertajuk Berdagang dengan Corak Pertukaran dan Avramis River akan dilangsungkan di pusat kewangan terbesar di negara ini, iaitu Tunis pada 26 Oktober dengan memberikan peluang kepada pedagang runcit tempatan untuk menyertai acara ini dan meluaskan pengalaman pelaburan atas talian mereka.

Bakal dilangsungkan di Hotel Golden Tulip El Mechtel, seminar ini akan dibawakan oleh Nizar Chaibi, Instruktor Analisis Teknikal Tradepedia LLC, yang bertujuan untuk menyampaikan butiran penting mengenai alat analisis teknikal khusus kepada tetamu acara.

Tumpuan akan diberikan kepada penggunaan indikator dan corak carta yang memberikan petunjuk yang baik mengenai tingkah laku pasaran dan isyarat perubahan aliran. Memandangkan corak carta pertukaran menunjukkan arah pertukaran pasaran aliran menaik dan menurun yang penting, memahami penggunaan mereka adalah sangat penting kepada pelabur atas talian untuk mencari titik entri dan keluar yang optimum dalam dagangan. Untuk memperlihatkan bagaimana cara ia berfungsi, Nizar Chaibi akan menerangkan beberapa senario dagangan kepada peserta seminar yang dapat membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dengan mementingkan penjagaan pengurusan risiko.

Untuk melengkapkan penggunaan corak pertukaran, para tetamu acara juga akan dapat mengetahui mengapa indikator milik Tradepedia, iaitu Avramis River, boleh menjadi alat analisis teknikal yang berguna dalam mengenal pasti pasaran mendatar dan melihat isyarat aliran pasaran yang berkualiti tinggi.

Kami berharap dapat menyambut pelanggan baru dan sedia kami yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan terhadap seminar kami di Tunis untuk memberikan mereka bimbingan profesional bagi membangunkan kemahiran pelaburan mereka. Untuk butiran lanjut tentang seminar dan mendaftar ke acara ini, sila klik sini.