Seminar Analisis Teknikal XM Dianjurkan dengan Kejayaan di Korat dan Khon Kaen

Disiarkn di 22/08/2019 08:37 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada bulan Ogos, selari dengan beberapa seminar dagangan forex yang diadakan di pelbagai negara, XM menganjurkan dua lagi seminar di Thailand yang kedua-duanya ditawarkan secara percuma kepada pelabur atas talian yang menginginkan pendidikan forex yang boleh dipercayai dan bimbingan profesional.

Seminar terbaru kami pada 10 dan 17 Ogos telah berlangsung di dua bandar utama Thailand iaitu Isan di Korat dan Khon Kaen. Di setiap lokasi acara, sebilangan besar peserta berpeluang untuk menyertai seminar yang bertajuk Berdagang dengan Ichimoku Kinko Hyo dan Avramis River dan mempelajarinya daripada penyampaian pakar pasaran iaitu Sompop Jittrakul.

Selain daripada membiasakan diri dengan penggunaan indikator Ichimoku Kinko Kyo dalam dagangan atas talian, tetamu acara kami di Korat dan Khon Kaen dapat mempelajari kelebihan beberapa alat dagangan automatik Tradepedia yang dibangunkan untuk membantu pedagang memantau isyarat Ichimoku dalam pelbagai kerangka masa. Seperti kebiasaan, semua teori yang dibentangkan juga akan dipertontonkan dengan satu set contoh praktikal untuk membantu para penonton memperoleh pengalaman secara praktikal tentang bagaimana analisis teknikal dan dagangan automatik berfungsi.

Ahli kakitangan kami yang berada di setiap acara berbesar hati untuk berhubung semula dengan sejumlah besar pelanggan XM yang memilih untuk meneruskan pendidikan forex mereka dengan kami dan kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran mereka.

Oleh kerana seminar forex XM forex masih lagi diteruskan di Thailand pada minggu dan bulan yang akan datang, kami ingin menjemput semua yang berhasrat untuk menyertai acara kami untuk mendaftar secara percuma ke seminar kami yang seterusnya.