Seminar Forex XM di Korat dan Hat Yai Diadakan dengan Penuh Kejayaan

Disiarkn di 20/03/2019 13:40 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Siri seminar dagangan forex bermula pada awal musim bunga ini ke seluruh Thailand telah tiba di dua destinasi pada bulan Mac iaitu di Korat dan Hat Yai, di mana kami sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para pelanggan XM yang menyertai seminar pendidikan kami.

Di setiap bandar yang dikunjungi, tenaga pengajar forex terkemuka, Sompop Jittrakul telah menghuraikan topik yang bertajuk Strategi Penembusan dan Pertukaran Trend Avramis, yang merangkumi satu set panduan praktikal mengenai penggunaan teknik-teknik analisis teknikal yang penting bagi pelabur atas talian untuk memperoleh keuntungan dalam pelaburan atas talian.

Semasa penyampaiannya di Korat pada 2 Mac dan Hat Yai pada 16 Mac, Sompop Jittrakul menekankan tentang keperluan menggunakan indikator teknikal untuk mengenal pasti kekuatan trend, melihat penembusan trend dan pertukaran trend serta menghasilkan isyarat entri dan keluar. Selain itu, peserta seminar juga berpeluang membiasakan diri mereka dengan salah satu daripada alatan dagangan automatik Tradepedia, iaitu indikator Avramis Swing yang direka untuk membantu pelabur atas talian berdagang dengan pertukaran harga yang andal di semua kerangka masa.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menyertai seminar kami di Korat dan Hat Yai. Dalam masa yang sama, kami ingin menjemput semua yang telah terlepas seminar terbaru untuk hadir ke seminar kami yang akan diadakan di beberapa buah bandar lagi di seluruh Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar kami yang akan datang dan mendaftar pada tarikh dan bandar pilihan anda, sila klik sini.