Siri Seminar Forex Baru di Thailand Pada Musim Luruh Ini

Disiarkn di 05/09/2018 07:28 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami ingin menjemput pelanggan-pelanggan kami untuk menghadiri seminar dagangan forex XM di Thailand yang akan diadakan di tiga lokasi berbeza di antara 6 Oktober hingga 3 November 2018.

Seminar bertajuk Harnessing Volatility – Bollinger Bands akan disampaikan oleh instruktor Sompop Jittrakul di Chiang Mai pada 6 Oktober, Udon Thani pada 27 Oktober dan di Bangkok pada 3 November. Seminar ini percuma untuk klien-klien XM dan menawarkan banyak maklumat mengenai penggunaan analisis teknikal dalam dagangan online.

Memandangkan Bollinger Band merupakan satu teknik yang berkesan untuk mengukur volatiliti pasaran dan menentukan pasaran yang terlebih jual atau beli, seminar ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana volatiliti boleh diukur, bagaimana pergerakan harga yang berlebihan dapat dikenal pasti dan bagaimana isyarat jual dan beli boleh dilaksanakan dengan konsisten.

Di setiap lokasi, acara pendidikan XM ini bertujuan untuk membantu pedagang baru dan berpengalaman untuk memperkayakan lagi ilmu dan kemahiran dagangan mereka dengan ilmu-ilmu praktikal yang dapat memberikan hasil yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik seminar dan cara-cara untuk mendaftar di lokasi yang anda inginkan, sila klik sini.