Pendidikan Forex Percuma XM Berkunjung ke Cebu, Baguio dan Davao

Disiarkn di 06/05/2019 09:08 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Siri seminar XM tahun 2019 yang dilancarkan di Filipina bermula bulan Februari yang lalu telah mengunjungi lima bandar termasuk di bandar-bandar terbaru iaitu Cebu, Baguio dan Davao.

Berpegang teguh kepada kepercayaan kami bahawa dengan pendidikan yang betul dan berterusan adalah perkara penting dalam dagangan yang berjaya di mana kami membawakan anda seminar forex percuma kami dengan lebih dekat kepada pelabur runcit dari Filipina untuk mempelajari teknik-teknik dagangan yang dapat membantu mereka dalam mencapai matlamat pelaburan mereka.

Antara 30 Mac-27 April, wakil syarikat kami dan Ketua Instruktor XM Filipina Jonathan Lou Reyes, telah berkunjung ke bandar Cebu, Baguio dan Davao untuk mengalu-alukan kedatangan ramai tetamu acara yang telah menyertai seminar yang bertajuk Teknik Dagangan Forex Avramis Swing.

Di setiap lokasi acara, Jonathan Lou Reyes telah memperkenalkan para peserta kepada beberapa teknik praktikal yang memudahkan proses untuk membuat keputusan dalam dagangan termasuk penggunaan indikator teknikal Fibonacci retracements, serta beberapa alat dagangan automatik Tradepedia seperti Indikator Avramis Swing dan Indikator Pertukaran Trend Avramis. Seperti kebiasaan, setiap butiran yang diterangkan, diperlihatkan secara praktikal untuk membantu semua yang hadir memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengenal pasti titik masuk atau keluar pasaran dengan mudah dan bagaimana risiko dapat diuruskan dalam jangka masa panjang.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan baru dan sedia ada kami yang telah menghadiri seminar kami di setiap bandar yang kami kunjungi dan dalam masa yang sama kami menjemput semua yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pendidikan forex XM untuk menyertai seminar kami yang akan datang di Filipina.

Klik sini untuk melihat jadual dan mendaftar ke seminar kami yang seterusnya.