Jelajah Seminar Dagangan Forex XM Menjangkau Tiga Negara Afrika

Disiarkn di 16/10/2019 09:23 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Antara 21 September dan 12 Oktober, XM berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para pelanggan ke seminar dagangan forex yang telah dianjurkan di tiga negara berbeza di Afrika Tenggara dan Afrika Timur Tengah iaitu Mozambique, Uganda dan Kenya.

Lokasi acara yang dipilih itu membawakan seminar yang bertajuk Indikator Teknikal, Pengayun dan Candlestick Jepun di Maputo, Kampala dan Nairobi, yang setiapnya diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tradepedia LLC, Avramis Despotis yang bertujuan untuk membawa tetamu acara lebih dekat dengan teknik analisis teknikal yang cekap.

Sama ada masih baru untuk dagangan mata wang atau sudah mempunyai pengalaman dalam bidang ini, acara pendidikan kami dikhususkan untuk menyediakan panduan lengkap kepada pelabur atas talian mengenai cara untuk menggunakan alat analisis teknikal dengan hasil yang lebih baik.

Untuk menilai kekuatan aliran pasaran dan kualiti aliran atau menentukan instrumen kewangan manakah untuk dilaburkan dan bila, serta menentukan bila untuk masuk atau keluar dari pasaran dengan pendedahan risiko yang minimum, analisis teknikal merupakan elemen yang penting. Oleh itu, semasa penyampaian Avramis Despotis, beliau memberi tumpuan kepada penerangan indikator mana yang boleh digunakan secara efisyen serta beberapa indikator yang boleh digabungkan untuk menganalisis tiga aspek penting dalam instrumen kewangan iaitu aliran kenaikan lwn penurunan, tindakan harga dan tahap sokongan dan rintangan.

Ia adalah pertemuan yang menyeronokkan dengan pelanggan kami secara peribadi di tiga lokasi acara dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu seminar kami kerana sudi untuk mengambil bahagian.

Memandangkan seminar forex XM masih lagi diteruskan di benua Afrika, kami ingin menjemput para pelanggan kami untuk bertemu kami di Dar es Slaam, Accra dan Abidjan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai acara pendidikan yang akan datang dan menempah tempat duduk anda dengan lebih awal secara percuma, sila klik sini.