Gerakan Kemanusiaan - Mewujudkan Peluang Sama Rata

Misi kami adalah untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada individu tanpa mengira latar belakang agama,
budaya atau etnik serta membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran

Melakukan projek yang membantu individu mendapatkan pendidikan dan membina kemahiran vokasional

Bantuan Antarabangsa

Bekerjasama dengan yayasan bantuan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa yang aktif

Visi kami adalah untuk memberi impak positif terhadapkualiti kehidupan manusia di seluruh dunia.

Misi Kemanusiaan Terbaru Kami

post-image

Program Amal XM – Membantu Kanak-Kanak Yang Memerlukan

Disiarkn di 11/04/2018 06:56 GMT

Pada 3hb April, XM telah menjalankan satu program amal dengan kerjasama Foundation for Slum Child Care di Bangkok, Thailand, untuk menyumbang kepada kualiti kehidupan yang lebih baik buat kanak-kanak yang memerlukan. Memandangkan tujuan Yayasan XM adalah untuk memberi impak positif kepada kehidupan individu, salah satu gerakan kemanusiaan terpenting yang dilakukan adalah membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Program yang telah diadakan di Bangkok pada 3 April lalu berjaya memenuhi tujuan ini. Ini merupakan kali kedua XM bekerjasama dengan Foundation for [..]

post-image

Misi XM di Indonesia – Pokok Untuk Generasi Kemudian

Disiarkn di 20/03/2018 08:09 GMT

Sejak beberapa tahun lepas, XM telah melakukan usaha yang berterusan di beberapa bahagian dunia untuk menggerakkan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya. Acara terkini telah dijalankan di Indonesia di mana keperluan untuk perlindungan alam sekitar sangat ktitikal. Tidak kira di mana jua kita berada, alam sekitar dan ekosistem memberikan kesan langsung terhadap kehidupan kita. Di XM, kami sedar akan perkara ini dan mengambil tindakan untuk melindungi semua ini dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Baru-baru ini, ahli pasukan XM telah terlibat dalam [..]

post-image

Acara Amal XM untuk Kebajikan Kanak-kanak

Disiarkn di 20/03/2018 08:09 GMT

XM sekali lagi terus dengan pendirian mereka bahawa sumbangan amal mampu memberi perbezaan terutamanya dalam melindungi kesejahteraan kanak-kanak. Tanggungjawab sosial korporat XM merangkumi pelbagai aktiviti dan antara yang terutama adalah kebajikan kanak-kanak. Kami terus komited dengan aktiviti murni ini dengan objektif utama untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan, menyokong kesihatan kanak-kanak dan bertindak secara penuh tanggungjawab untuk mencegah kanak-kanak daripada membesar dalam masalah kesihatan atau sosial. Acara kebajikan terbaru kami turut didorong oleh keyakinan yang kukuh bahawa setiap tindakan sosial yang [..]

post-image

XM Menyertai Program Bantuan Kanak-kanak ActionAid

Disiarkn di 17/10/2017 08:42 GMT

XM baru-baru ini telah bekerjasama dengan ActionAid untuk membantu dalam Program Bantuan Kanak-kanak yang dijalankan untuk meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Sikap ambil berat dan prihatin kepada mereka yang memerlukan merupakan sebahagian dari tanggungjawab korporat sosial kami. Seperti ActionAid, XM juga mementingkan sumbangan yang bermakna kepada kehidupan individu dan masyarakat yang tidak berpeluang untuk menerima tahap pendidikan, penjagaan kesihatan dan taraf hidup yang sama seperti yang dinikmati oleh masyarakat di sekeliling mereka. Dalam kerjasama kami bersama ActionAid, XM [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.