Gerakan Kemanusiaan - Mewujudkan Peluang Sama Rata

Misi kami adalah untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada individu tanpa mengira latar belakang agama,
budaya atau etnik serta membantu mereka untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran

Melakukan projek yang membantu individu mendapatkan pendidikan dan membina kemahiran vokasional

Bantuan Antarabangsa

Bekerjasama dengan yayasan bantuan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa yang aktif

Visi kami adalah untuk memberi impak positif terhadapkualiti kehidupan manusia di seluruh dunia.

Misi Kemanusiaan Terbaru Kami

post-image

XM Menjalankan Misi Amal di Johor Bahru

Disiarkn di 17/07/2017 09:46 GMT

Dengan sukacitanya kami ingin memberikan satu laporan ringkas untuk misi amal terbaru XM yang telah dijalankan pada 17 Jun lalu di Johor Bahru, Malaysia. Sebelum ini, XM telah membuktikan sifat kemanusiaan dan kesanggupannya untuk membantu apabila wujudnya keperluan untuk membantu mereka yang memerlukan, sama ada di negara yang dilanda bencana alam, kebuluran dan kekurangan bekalan makanan atau perubatan. Tidak lama selepas menjalankan misi amal di Uganda, pasukan XM memulakan misi seterusnya di Johor Bahru Malaysia untuk membantu mereka yang tidak [..]

post-image

Misi Amal XM di Uganda

Disiarkn di 29/06/2017 07:19 GMT

Kerja kemanusiaan XM diteruskan dengan misi di Uganda untuk membantu kanak-kanak Saint Antonios of Monde Orphanage yang berada di daerah Wobulenzi. Mewujudkan dunia yang lebih baik adalah salah satu tujuan utama tanggungjawab sosial korporat kami. Pendidikan adalah kunci untuk membuka potensi individu dan ia juga merupakan asas untuk pembangunan ekonomi dan sosial untuk semua negara di seluruh dunia. Oleh itu, kami percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada semua bentuk pendidikan. Lebih 400 kanak-kanak tinggal di rumah anak yatim [..]

post-image

XM Membuat Sumbangan Amal Untuk Yayasan Slum Kids

Disiarkn di 21/06/2017 08:08 GMT

XM dengan kerjasama Yayasan Slum Kids dari Thailand, sekali lagi menjalankan projek amal untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Pada 15 Jun 2017, wakil pasukan XM telah melawat Yayasan Slum Kids di Bangkok, Thailand, untuk acara amal satu hari. Sumbangan dibuat untuk membantu kanak-kanak dari aspek keperluan asas yang tidak mencukupi untuk standard kehidupan yang sihat. Dalam acara ini, makanan, ubat dan pakaian telah disumbangkan kepada yayasan – semuanya bertujuan untuk meredakan keadaan mendesak kanak-kanak ini yang berpunca dari [..]

post-image

Misi Nepal: Berjaya Dilaksanakan

Disiarkn di 15/06/2017 09:15 GMT

XM, bersama-sama dengan NGO Rhea Foundation, telah merancang satu perjalanan merentasi Nepal di kawasan yang sukar untuk diakses dengan kereta untuk menyampaikan kasut, pakaian dan ubat-ubatan kepada kanak-kanak , biara dan mereka yang memerlukan selepas kejadian gempa bumi yang teruk pada bulan April 2015, yang mengakibatkan kematian lebih 8,000 orang dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. Perjalanan ini memerlukan perancangan yang rapi dan kecekalan yang tinggi kerana kebanyakan perjalanan dilakukan dengan motosikal sukan lasak kerana kereta tidak dapat masuk ke [..]

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leverage mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila lihat Pendedahan Risiko kami.