Akan Datang: Seminar XM di Bangkok mengenai Dagangan Carta Candlestick

Disiarkn di 13/03/2019 11:27 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Dengan pelbagai seminar XM yang diadakan di seluruh Thailand pada tahun ini, kami berbesar hati ingin menjemput pelanggan baru dan sedia ada kami ke satu lagi seminar percuma yang akan diadakan di Bangkok pada 11 Mei.

Seminar kami yang bertajuk Pengenalan kepada Dagangan Carta Candlestick yang diadakan di The Athenee Hotel, a Luxury Collection Hotel di ibu kota Thai, ditawarkan secara percuma kepada pelanggan baru dan sedia ada XM yang berhasrat untuk memperoleh maklumat berguna mengenai topik yang disampaikan oleh Feungtot Paitivetwanakit.

Pembentangan seminar akan merangkumi siri butiran yang berkaitan dengan corak carta candlestick yang merupakan alatan analisis teknikal yang berguna kepada pelabur atas talian untuk menganalisis pergerakan pasaran dan meramalkan arah harga dalam menentukan keputusan terbaik dalam dagangan.

Semasa sesi seminar, Feungtot Paitivetwanakit akan memperkenalkan peserta seminar kepada corak asas candlestick bullish vs bearish, menerangkan kepentingan membaca carta candlestick dengan betul dan menunjukkan contoh praktikal bagaimana mentafsirnya untuk menjangkakan pergerakan pasaran tertentu.

Selain daripada penyampaian ilmu pengetahuan, seminar ini juga merupakan satu peluang berharga kepada wakil syarikat kami untuk berhubung semula dengan pelanggan-pelanggan kami dan mengalu-alukan kedatangan pelanggan baru di XM. Oleh itu, kami berharap untuk mengunjungi Bangkok sekali lagi.

Sila baca dengan lebih terperinci dan mendaftar untuk menghadiri seminar kami di sini.