Seminar Perdana XM 2019 di Kuala Lumpur

Disiarkn di 24/12/2018 09:53 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sepanjang keberadaan XM selama 6 tahun di Malaysia, kami telah mengutamakan kepentingan penganjuran seminar dan bengkel forex percuma di kebanyakan tempat negara-negara sekitar Asia Tenggara termasuk acara pendidikan eksklusif seperti seminar perdana yang akan datang di Kuala Lumpur pada 16 Februari 2019.

Kami dengan sukacitanya menjemput pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar perdana yang akan diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, di mana para tenaga pengajar yang terkenal iaitu Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani akan mengadakan penyampaian bersama kepada para tetamu acara mengenai teknik konfluens dan teknik dagangan Avramis Swing.

Direka untuk memenuhi keperluan pedagang baru dan berpengalaman, seminar ini merangkumi beberapa topik berkaitan apa yang pedagang runcit atas talian perlu tahu untuk menguasai kemahiran dagangan supaya memperolehi prestasi dagangan yang konsisten. Tajuk-tajuk yang dibawakan oleh Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani saling melengkapi dan bertujuan untuk mendedahkan peserta seminar dengan lebih mendalam dalam penggunaan alatan analisis teknikal yang lebih tepat.

Perhatian akan diberikan untuk membantu pedagang memahami mekanisme pasaran pertukaran asing dan penggunaan analisis teknikal bersama-sama dengan panduan tentang bagaimana membangunkan strategi dan keuntungan dari naik turun pasaran. Seminar dan bengkel yang interaktif juga bertujuan untuk memperkayakan pengetahuan pedagang dengan penambahan teknik pengurusan wang untuk membantu mereka mendapat pengalaman secara langsung yang dapat mereka gunakan untuk jangka masa panjang.

Kami berharap untuk bertemu semula dengan para pelanggan kami yang sedia ada dan mengalu-alukan kedatangan pelanggan baru XM serta kami berbesar hati untuk kembali ke Kuala Lumpur pada 16 Februari.

Klik sini untuk bacaan lanjut mengenai seminar perdana yang akan datang dan menempah tempat duduk anda.