XM Menganjurkan Ulang Tahun Ke-6 Gala Perdana di Kuala Lumpur

Disiarkn di 13/11/2018 13:24 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 10 November yang lepas, satu peristiwa yang sukar dilupakan telah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana XM telah menganjurkan Ulang Tahun Ke-6 untuk meraikan kewujudan syarikat kami di Malaysia yang telah menjadi salah satu pencapaian penting dalam sejarah korporat XM.

Acara gala eksklusif telah membuka pintu kepada para pelanggan dan rakan niaga XM yang menetap di Malaysia dan Brunei untuk bersama-sama berkongsi pengalaman sekali seumur hidup di Shangri-La Hotel.

Makan malam yang mewah dan persembahan secara langsung oleh artis-artis terkemuka dalam dunia hiburan Malaysia telah disajikan untuk memastikan kemeriahan suasana pada malam gala tersebut diraikan dengan penuh keakraban dan bersatu hati.

Malam yang mendebarkan tidak kering dengan keseronokan. Malam semakin berlalu, undian cabutan bertuah telah pun bermula dengan menawarkan 15 hadiah-hadiah hebat termasuk sebuah Jaguar XE R-Sport 2.0 sebagai hadiah utama yang sangat dinanti-nantikan oleh tetamu kami dengan penuh harapan.

Para pemenang hadiah cabutan bertuah boleh dilihat di bawah dan kami ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada yang telah memenangi hadiah-hadiah yang telah ditawarkan.

Pemenang Cabutan Bertuah

Hadiah MT4/MT5 ID Akaun
Hadiah Utama: $60,000 tunai di dalam akaun MT4 39043696
Hadiah Ke-2: $7,000 tunai di dalam akaun MT4 14149933
Hadiah Ke-3: Kerusi Urut OSIM uNano 21086355
Hadiah Ke-4: 100 gram PAMP Suisse Gold Bar bernilai $4000 16146290
Hadiah Ke-5: MacBook Pro 15’’ 33046600
Hadiah Ke-6: TV 55’’ Samsung Q6F4K Smart QLED 33198463
Hadiah Ke-7: Galaxy Note 9 13678403
Hadiah Ke-8: iPhone X 21079584
Hadiah Ke-9: Galaxy S9+ 33239286
Hadiah Ke-10: iPad Pro 33227665
Hadiah Ke-11: Huawei P20 Pro 2635856
Hadiah Ke-12: Jam Tangan Garmin fēnix® 5S Plus 13673839
Hadiah Ke-13: $500 tunai di dalam akaun MT4 13607456
Hadiah Ke-14: $300 tunai di dalam akaun MT4 17104789
Hadiah Ke-15: Penginapan 1 malam di Shangri-La Hotel untuk 2 orang 13195976

Ianya satu perasaan yang sangat menyeronokkan kerana diberi penghormatan untuk berkongsi malam yang eksklusif ini bersama pelanggan dan rakan niaga yang kami hargai dan bagi pihak XM kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada mereka kerana telah meraikan ulang tahun gala ini bersama kami.