XM Menganjurkan Seminar Dagangan Forex Pertama di Pakistan

Disiarkn di 02/07/2019 08:23 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Buat pertama kalinya dan penghargaan khas buat pelanggan baru dan sedia ada kami dari Pakistan yang berhasrat untuk memperolehi pendidikan mengenai dagangan forex, XM telah menganjurkan seminar di bandar Lahore pada 22 Jun.

Seminar yang telah berlangsung di Pearl Continental Hotel Lahore, bertujuan untuk memenuhi keperluan pelabur baru dan berpengalaman yang berminat untuk memperoleh pengetahuan praktikal dan dengan demikian memberi lebih banyak kesedaran mengenai amalan dagangan atas talian.

Penceramah utama seminar Sajid Khan Ghori, telah menghuraikan topik mengenai Dagangan Forex dengan Candlestick Pertukaran dan Avramis River telah membawa penonton kepada butiran berkaitan dengan tafsiran yang tepat mengenai corak candlestick Jepun bersama dengan penggunaan indikator teknikal Avramis River. Semasa pembentangannya, Sajid Khan Ghori telah menekankan kepentingan bagaimana perincian yang dijelaskan dapat dilaksanakan dan bagaimana alatan analisis teknikal ini dapat menyumbang kepada proses membuat keputusan dan hasil sebenar dagangan.

Ia adalah pertemuan yang menyenangkan dengan tetamu kami dari Pakistan dan menawarkan mereka pendidikan profesional yang mungkin membantu mereka memperbaiki kemahiran dagangan mereka. Dengan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang telah menghadiri seminar kami serta di atas minat dan kesediaan mereka untuk mengasimilasikan pengetahuan yang baru dengan bimbingan pendidikan percuma yang disediakan oleh XM.