Seminar Analisis Teknikal yang dianjurkan XM untuk Pedagang di Bangkok

Disiarkn di 06/11/2018 12:59 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Baru-baru ini XM telah kembali ke Thailand untuk menganjurkan acara pendidikan forex terkini di Bangkok yang merupakan perhentian terakhir untuk siri seminar yang direka untuk para pelabur atas talian secara percuma. Kami sangat gembira mengalu-alukan kedatangan ramai peserta acara di Hotel Athene pada 3 November yang lepas.

Sama seperti acara di lokasi-lokasi sebelumnya, siri seminar yang bertajuk Memanfaatkan Volatiliti – Bollinger Bands di Chiang Mai dan Udon Thani, acara yang dianjurkan XM telah dihadiri oleh para pedagang atas talian di Bangkok dengan penuh semangat dan minat yang mendalam.

Tenaga pengajar forex yang terkenal dan penyampai seminar iaitu Sompop Jittrakul bukan sahaja telah menyediakan butiran penting tentang apa yang perlu tahu tetapi juga penggunaan dalam amalan dagangan biasa untuk memperolehi hasil dagangan yang lebih baik kepada beratus-ratus peserta yang hadir.

Oleh kerana penggunaan analisis teknikal adalah teras utama dalam penyampaian Sompop Jittrakul, butiran yang berkaitan dengan Bollinger Bands meliputi sebahagian besar daripada seminar termasuk teknik untuk mengukur volatitili pasaran, mentafsir isyarat-isyarat bullish vs bearish, mengenali pembalikan harga pasaran dan potensi keuntungan daripada pergerakan harga pasaran.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan sedia ada kami kerana telah mengambil bahagian dalam seminar di Bangkok dan kami juga sangat menghargai kehadiran ramai pelanggan baru yang pertama kali hadir ke seminar XM.