XM Menganjurkan Seminar Strategi Dagangan untuk Pedagang di Athens

Disiarkn di 05/12/2019 08:42 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada musim luruh ini dibawakan sekali lagi peluang keemasan kepada pelabur individu untuk menghadiri seminar forex XM di ibu negara Greece yang dibentangkan oleh penceramah utama, Avramis Despotis mengenai Merancang Titik Entri dan Keluar menggunakan Moving Average Ribbon.

Berlangsung di InterContinental Athenaeum Hotel di Athens pada 23 November yang lalu, bengkel dan seminar forex ini dikhususkan untuk sesi latihan intensif berkenaan strategi mengikuti aliran yang sangat berguna untuk mengenal pasti pergerakan harga dan kedalaman pasaran.

Oleh kerana moving average adalah alat analisis teknikal yang paling kerap digunakan oleh pelabur atas talian, Avramis Despotis telah memperlihatkan bagaimana untuk merancang satu siri moving average pada carta yang menjadikan ia sebagai Moving Average Ribbon, yang terbukti sangat berguna untuk mengenal pasti aliran, menentukan tahap entri dan keluar serta menguruskan risiko dengan pesanan henti dan kerugian.

Terima kasih kepada semua tetamu acara kami yang telah mengambil bahagian! Kami berbesar hati kerana dapat bertemu dengan ramai pelanggan sedia ada kami dan mengalu-alukan kehadiran pelanggan baru XM secara peribadi dan memenuhi keperluan pendidikan forex mereka dengan seminar percuma.