XM Menganjurkan Perbincangan Panel Kewangan di Kuala Lumpur

Disiarkn di 05/06/2019 07:50 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Ia merupakan sesuatu yang menggembirakan untuk kami umumkan satu acara yang tidak boleh dilepaskan di Kuala Lumpur pada 27 Julai iaitu perbincangan panel kewangan yang akan dikendalikan oleh tiga orang pakar pasaran mengenai pasaran kewangan global dan peluang-peluang pelaburan.

Diadakan di Sheraton Imperial Hotel, acara tersebut menampilkan tetamu khas Peter McGuire, CEO XM Australia dan penyampai media kewangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bersama-sama dengan ahli panel yang lain iaitu Zulle Razak, instruktor forex profesional yang merupakan pengasas Confluence Technique Academy dan Mohd Helmi Izani, instruktor forex profesional yang merupakan pengasas Ingenious Trading Mastery.

Buat julung kalinya, diskusi ini membawa bersama-sama tiga orang tokoh terkenal yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam dunia kewangan yang boleh memberikan sumbangan positif kepada para pedagang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran kewangan semasa bagi mengenal pasti bidang pelaburan baru dan mencapai hasil pelaburan yang mampan. Tidak kira pedagang atas talian baru atau yang lebih berpengalaman, perbincangan panel merupakan peluang yang ideal untuk menerima maklumat secara langsung tentang sentimen keseluruhan pasaran hari ini bersama-sama dengan analisis makroekonomi yang menyeluruh termasuk analisis trend ekonomi dan langkah-langkah monetari pada dagangan runcit.

Terbuka secara percuma untuk pelanggan baru dan sedia ada kami, acara ini menantikan semua orang yang ingin menyertai perbincangan panel kewangan oleh pakar-pakar yang diperakui untuk berkongsikan perspektif mereka mengenai topik yang berkaitan dengan dagangan.

Untuk membaca lebih lanjut dan menempah tempat duduk anda lebih awal, sila klik sini.