Akan Datang di Athens: Seminar Dagangan Forex and Saham

Disiarkn di 27/09/2018 10:00 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 20 Oktober, XM menganjurkan seminar di Athens, Greece, membawakan topik dagangan forex dan saham. Kami berbesar hati untuk menjemput pedagang atas talian mempelajari perincian yang menarik daripada pengajar profesional iaitu Charalambos Spyridis.

Program pendidikan ini akan diadakan di Hilton Athens Hotel, di mana wakil syarikat kami akan berada di sana untuk menyambut kedatangan pelawat-pelawat. Kepada pelabur runcit atas talian yang berhasrat untuk mempelajari maklumat berharga tentang beberapa aspek yang sering diperdebatkan di antara dagangan forex vs dagangan saham, Charalambos Spyrides akan menyampaikan maklumat yang berguna tentang topik tersebut.

Bagi pedagang yang baru dan berpengalaman yang berhasrat untuk memahami dengan lebih baik tentang kelebihan berdagang mata wang asing dan melabur dalam saham, Charalambos Spyridis akan berkongsi input yang diperlukan untuk memperkasakan dagangan anda. Tujuan seminar ini akan mengupas maklumat yang berkaitan bermula daripada gambaran keseluruhan forex secara global dan pasaran saham hingga kepada kelebihan membuka akaun dagangan di XM dan melabur dalam pasangan mata wang atau saham individu.

Untuk bacaan lebih lanjut tentang seminar akan datang dan mendaftar tempat duduk, sila klik sini.