XM Menjemput Pedagang ke Seminar Forex di Maghribi

Disiarkn di 07/08/2019 08:43 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami dengan sukacitanya menjemput pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar percuma yang diadakan di dua bandar berbeza di Maghribi pada bulan September ini untuk memberikan pengalaman secara langsung kepada pelabur atas talian mengenai beberapa aspek yang paling relevan dalam dagangan mata wang.

Seminar tersebut akan berlangsung di Casablanca pada 21 September dan di Agadir pada 28 September, acara pendidikan forex ini menampilkan Strategi Pasaran Kanan Tradepedia dan ketua pengajar bagi wilayah MENA, Habib Akiki, yang akan menyampaikan taklimat mengenai topik Mengenali Pertukaran Trend dengan Candlestick dan Avramis River.

Di setiap bandar, sukatan pelajaran seminar akan memberi tumpuan kepada persoalan utama bagaimana mengenal pasti kekuatan dan kualiti trend serta bagaimana alat analisis teknikal tertentu boleh membantu pelabur menilai keseluruhan hala tuju harga, mengenal pasti trend pasaran menurun dan menaik serta mengenali pertukaran trend. Lanjutan kepada pertunjukan bagaimana indikator teknikal paling cekap berfungsi, Habib Akiki juga memperkenalkan kepada tetamu acara dengan penggunaan alat analisis teknikal milik Tradepedia, iaitu indikator Avramis River yang membantu pedagang menentukan paras sokongan dan rintangan serta isyarat trend berkualiti tinggi dengan mudah.

Kami berharap untuk bertemu dengan anda di Casablanca atau di Agadir! Untuk menempah tempat duduk anda lebih awal dan mengambil bahagian dalam seminar secara percuma, sila baca lebih lanjut di sini.