XM Berganding Bahu dengan Aldeas Infantiles untuk Kebajikan Kanak-Kanak

Disiarkn di 31/01/2020 08:19 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 6 Disember 2019, XM telah menyempurnakan salah satu acara kebajikan terbarunya yang diadakan di ibu negara Peru, Lima dengan bergabung tenaga bersama organisasi bukan untung Aldeas Infantiles SOS.

Bermula sebagai satu inisiatif untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan kebajikan, pendidikan dan hak asasi kanak-kanak seawal dari usia muda, wakil pasukan Amerika Latin kami telah meluangkan masa seharian di premis Aldeas Infantiles SOS, dengan menyumbangkan derma amal untuk menyokong misi murni organisasi.

Seramai sembilan orang kakitangan kami yang berdedikasi, yang mempunyai visi untuk melindungi hak asasi kanak-kanak seiring dengan usaha amal Aldeas Infantiles SOS, telah menyumbangkan bekalan makanan yang tidak mudah rosak kepada organisasi bagi pihak XM untuk menangani keadaan kanak-kanak tempatan yang kurang bernasib baik.

Sewaktu acara amal berlangsung di mana ahli pasukan XM berpeluang untuk menghabiskan masa kualiti bersama dengan kanak-kanak tempatan dan penjaga mereka yang sangat komited, serta kerjasama selanjutnya juga dibincangkan untuk tindakan bersama pada masa hadapan antara XM dan Aldeas Infantiles SOS.

Dengan keyakinan bahawa setiap sumbangan dan detik yang dihabiskan untuk tujuan yang murni adalah berbaloi, kami tetap berdedikasi kepada gerakan kemanusiaan kami di seluruh dunia yang berkhidmat untuk kebaikan semua orang yang layak untuk memperolehi kualiti kehidupan yang lebih baik dan hak sosial yang sama.