XM Menyalurkan Sumbangan Amal kepada Darul Insyirah

Disiarkn di 30/08/2019 07:38 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang berterusan dan dalam usaha yang murni untuk menyumbang secara positif kepada kehidupan individu dan komuniti di seluruh dunia, baru-baru ini XM telah menyalurkan sumbangan amal kepada Darul Insyirah, pusat penjagaan orang tua di Malaysia.

Untuk membantu Darul Insyirah yang terletak di Bangi, ahli pasukan XM telah menuju ke Selangor, Malaysia, pada 9 Ogos untuk menyalurkan sumbangan kepada pusat penjagaan harian tersebut untuk memperkasakan warga emas dengan pendidikan.

Selari dengan kepercayaan yang sama dengan Darul Insyirah yang memuliakan warga emas bermula dengan membantu mereka untuk membentuk hubungan sosial serta meneruskan minat dan kesukaan pada usia tua mereka, XM telah menyumbang untuk mempromosikan program pembelajaran sepanjang hayat di pusat penjagaan.

Oleh kerana orang-orang tua juga berhak untuk memenuhi matlamat pendidikan dan perkembangan diri mereka seperti generasi muda, XM telah menyalurkan sumbangan berbentuk papan tulis, perabot, projektor LCD dan beberapa peralatan pembelajaran lain kepada Darul Insyirah dengan tujuan untuk memupuk matlamat pembelajaran mereka.

Kami percaya bahawa walaupun kanak-kanak adalah masa depan kita, warga emas juga adalah tunjang yang kukuh untuk kita membina masa depan anak-anak kita. Orang-orang tua adalah aset berharga dalam masyarakat, tidak kira di mana mereka tinggal dan mereka berhak mendapat hak yang sama rata untuk menuju ke kehidupan yang lebih berdaya maju. Kakitangan syarikat kami yang menziarahi komuniti warga emas di Darul Insyirah telah meluangkan masa bersama mereka dalam semangat bahawa setiap perubahan dapat menyentuh hati dan meningkatkan kehidupan masyarakat di sekeliling kita.