XM Mengambil Bahagian dalam Ekspo Kewangan Investing Napoli

Disiarkn di 03/04/2019 07:57 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Musim bunga ini, salah satu pameran kewangan antarabangsa terbesar berkaitan pelaburan atas talian telah berlangsung di Itali, iaitu Investing Napoli.

Kami berbesar hati kerana memperolehi satu lagi peluang berharga untuk kembali ke Itali dan menghadiri pameran ini yang dianjurkan di Centro Congressi Napoli pada 29 Mac.

Bersama dengan pelbagai institusi perbankan dan kewangan, XM menghadiri pameran ini sebagai sebuah firma broker terkemuka untuk mempamerkan perkhidmatannya kepada pengunjung dengan mengkhususkan pelbagai produk kepada pelabur atas talian dari Itali.

Investing Napoli, mempunyai perbezaan dengan program versatil yang menarik, memberikan kelebihan yang sangat baik kepada peserta pameran dan pedagang atas talian untuk berhubung dan bertukar pendapat berkaitan pelaburan. Semasa pameran satu hari ini berlangsung, wakil syarikat kami berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan ramai pelabur atas talian secara empat mata.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang telah berkunjung ke gerai pameran XM dengan menyatakan hasrat mereka memilih XM untuk berdagang.