XM Mengambil Bahagian dalam Pameran Dagangan Salon de l’Analyse Technique di Paris

Disiarkn di 17/04/2019 12:02 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 5 April, XM telah mengambil bahagian dalam Pameran Dagangan Pelaburan dan Kewangan Salon de l’Analyse Technique (SalonAT) di Paris, Perancis yang merupakan sebuah acara yang dianggap penting dalam dunia dagangan atas talian.

Dikelaskan sebagai antara pameran kewangan terbesar di Eropah, pada tahun ini SalonAT membuka semula pintunya kepada jumlah yang sangat besar iaitu lebih daripada 10,000 pengunjung dan sejumlah besar syarikat yang terkemuka dari industri kewangan dan perbankan yang menyertai acara ini untuk mempamerkan perkhidmatan mereka kepada bakal-bakal pelanggan.

Walaupun ini adalah kali pertama XM mengambil bahagian dalam SalonAT namun sebagai satu nama besar dalam pasaran Eropah, pameran itu merupakan satu peluang yang baik untuk bertemu dengan pelabur runcit tempatan dan membimbing mereka melalui pelbagai pilihan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh syarikat kami kepada pedagang CFD dan forex atas talian dari Perancis.

Kakitangan syarikat kami yang berada di premis itu berbesar hati untuk bertemu dengan pengunjung acara secara langsung di gerai rasmi pameran XM serta meluangkan masa untuk membincangkan matlamat pelaburan mereka dan memperkenalkan mereka produk terbaru yang telah dilancarkan untuk memenuhi keperluan pelabur runcit dari Perancis.

Dengan tulus ikhlas, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah kami temui dengan menyatakan minat mereka terhadap XM dan kami ingin kongsikan detik-detik kemuncak yang berlangsung pada pameran SalonAT di bawah.