XM Menerima Pengiktirafan Tertinggi dari Global Forex Awards 2019

Disiarkn di 25/10/2019 06:48 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Ia merupakan satu kebanggaan untuk mengumumkan bahawa pada 3 Oktober yang lalu, Global Forex Awards 2019 telah mengiktiraf XM dengan dua penghargaan tertinggi di atas kecemerlangannya yang terbukti dalam industri kewangan iaitu Broker Forex Global Terbaik dalam kategori anugerah global dan Broker Forex Asia Paling Dipercayai dalam category anugerah serantau.

Kedua-dua penghargaan tersebut diberikan kepada wakil syarikat kami di majlis rasmi penganugerahan yang telah berlangsung di St. Raphael Marina di Limassol, Cyprus. Semasa ucapannya, Pengarah Holiston Media Mike Boydell telah berkata: ”Anugerah Broker Forex Global Terbaik diberikan kepada broker forex yang memperoleh undian tertinggi dalam semua kategori anugerah. XM telah dipilih sebagai pemenang merupakan bukti kepada bagaimana mereka telah berjaya dalam industri ini, dengan pemikiran kehadapan, inovatif dan ketelusan dalam menyelesaikan masalah perdagangan kepada semua. Tahniah kepada XM atas pengiktirafan yang diterima.”.

Walaupun kepuasan pelanggan kami adalah ukuran utama kejayaan, XM sekali lagi diiktiraf dengan kemenangan berganda dalam dua kategori berbeza adalah bukti untuk semua usaha kami mengekalkan kedudukan kami di barisan hadapan dalam industri forex dan menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin. Dengan menjaga nilai-nilai korporat, etika dan kepercayaan kami bahawa setiap pelanggan kami berhak untuk menerima perkhidmatan yang cemerlang, kami sentiasa lebih komited untuk mengekalkannya.

Global Forex Awards mengiktiraf firma broker terbaik secara global dan serantau dengan memberikan mereka ganjaran terhadap perkhidmatan keseluruhan mereka yang luar biasa, teknologi perintis, alat penyelidikan pasaran yang maju, program pendidikan yang komprehensif dan khidmat pelanggan.