XM Menerima Dua Anugerah Forex Terkini daripada CFI.co

Disiarkn di 15/05/2019 08:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa baru-baru ini XM telah memenangi dua lagi anugerah forex berprestij daripada CFI.co (Capital Finance International) yang berpangkalan di UK: Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Global 2019 dan Pendidikan dan Penyelidikan Pasaran Terbaik Global 2019.

Untuk kali ketiga berturut-turut sejak 2017, CFI.co telah mengiktiraf XM sebagai sebuah syarikat perkhidmatan yang sejajar dengan nilai terasnya – satu pengiktirafan yang kami banggakan. Oleh itu, dua anugerah forex baru-baru ini adalah pengiktirafan tulen yang diberikan terhadap pencapaian XM dalam usaha untuk mengekalkan nilai terasnya, meningkatkan inovasi dan mewujudkan nilai-nilai yang berpanjangan. Sama ada dari segi perkhidmatan pelanggan secara khusus atau dalam bidang pendidikan dan penyelidikan forex serba unik, nilai-nilai teras ini mendorong pertumbuhan dan pengiktirafan antarabangsa untuk XM – dan yang paling utama, kesetiaan orang yang paling berharga: pelanggan kami.

Tentang CFI.co

CFI.co (Capital Finance International) yang beribu pejabat di London adalah jurnal atas talian dan bercetak yang menyediakan liputan berita mengenai perniagaan, ekonomi dan kewangan global. Program Anugerah tahunan CFI.co mengiktiraf organisasi dan individu yang telah mencapai hasil yang konsisten dalam industri mereka dan berada di barisan hadapan kerana prestasi yang cemerlang dan luar biasa.