XM Kembali ke Itali untuk Menghadiri ITForum Milan 2019

Disiarkn di 23/10/2019 06:59 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Buat kali keenam, XM akan menghadiri ITForum di Itali dan kali ini akan berlangsung di ibu kota Lombardy, Milan, pada 27 November.

Berfungsi sebagai forum perdagangan dan pelaburan, ITForum Milan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk membawa sejumlah besar pelabur atas talian bersama dengan peserta pameran, menyediakan titik persamaan untuk syarikat yang aktif dalam industri kewangan dan perbankan serta individu yang ingin tahu mengenai perkhidmatan mereka.

Pada 27 November, ITForum Milan membuka pintunya kepada orang ramai di premis Palazzo Delle Stelline supaya mereka boleh berinteraksi dengan pelbagai firma kewangan dari Itali dan luar negara, dan ia merupakan satu lagi peristiwa berprestij yang XM berharap untuk hadir.

Memandangkan setiap pameran kewangan yang XM hadiri membawa banyak nilai dari segi berhubung semula dengan para pelanggan serta memperkenalkan bakal pelanggan dan pihak yang berminat terhadap pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan syarat-syarat dagangan yang mengutamakan pelangan, kami akan mempamerkan perkhidmatan kami di gerai pameran nombor 1. Wakil syarikat kami akan berada di sana untuk mengalu-alukan kedatangan semua yang ingin bertemu dengan kami secara peribadi dan mengetahui lebih lanjut tentang XM.

Hadir dan bertemu kami di Milan pada bulan November, kami sangat berbesar hati untuk bertukar idea dengan anda dan memperkenalkan anda kepada perkhidmatan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai ITForum, sila klik sini.