XM Mengunjungi Semula Medellín dan Cali dengan Pendidikan Forex Percuma

Disiarkn di 11/03/2020 13:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Baru-baru ini, kami telah mengunjungi semula dua bandar lagi di Colombia dengan menawarkan peluang untuk pendidikan forex secara percuma kepada sejumlah besar pelabur atas talian.

Dua lokasi acara yang kami telah kembali adalah Medellín pada 29 Februari, diikuti oleh Cali pada 7 Mac. Wakil syarikat kami yang berdedikasi, ditemani oleh instruktor forex Felipe Erazo, telah mengalu-alukan kedatangan ramai tetamu acara yang berminat untuk mempelajari butiran yang berkaitan dengan kelebihan dan penggunaan analisis teknikal yang tepat dalam dagangan atas talian.

Sementara peserta seminar kami di Medellín diberi kesempatan untuk mengetahui maklumat penting tentang dagangan dengan indikator Ichimoku Kinko Hyo, manakala audiens kami di Cali telah berpeluang untuk memperoleh maklumat berguna tentang penggunaan yang cekap oleh indikator Moving Average Ribbon. Kedua-dua seminar ini mempunyai tujuan utama iaitu: memperkasa pedagang dengan pengetahuan untuk menerapkan teknik-teknik pelaburan bagi potensi hasil yang lebih tinggi dengan mengekalkan pendedahan risiko serendah yang mungkin.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengambil bahagian dalam seminar-seminar kami di Colombia dan pada masa yang sama, kami menjemput anda semua yang ingin meneruskan pendidikan forex mereka dengan menyertai seminar kami yang akan datang di Amerika Latin tidak lama lagi.

Untuk melihat jadual seminar kami dan menempah tempat duduk percuma anda -> klik sini.