XM Berkunjung Semula ke Peru: Seminar Forex mengenai Indikator Teknikal

Disiarkn di 11/02/2020 09:09 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

28 Mac ini mungkin menjadi langkah seterusnya untuk pelabur atas talian dari Peru untuk meningkatkan kemahiran dagangan mereka memandangkan XM akan kembali ke Lima dengan seminar yang eksklusif.

Dianjurkan di Delfines Hotel & Convention Center, acara ini menantikan para pedagang baru dan berpengalaman untuk seminar interaktif dengan menampilkan penyampaian bersama pakar pasaran Jarek Duque dan Felipe Erazo, yang bertujuan untuk memperkenalkan teknik forex yang mudah dan efisien untuk digunakan kepada para peserta seminar.

Topik seminar ini menjanjikan mereka yang mencari cara untuk menghasilkan teknik pelaburan yang lebih menguntungkan kerana ia lebih menumpukan bagaimana beberapa indikator teknikal dapat digabungkan untuk mengukur momentum pasaran, volatiliti dan kekuatan trend.

Dengan contoh praktikal yang dipersembahkan, para instruktor forex terkenal kami akan menunjukkan butiran bersama contoh, membawa para peserta seminar kami melalui setiap aspek berkaitan dagangan atas talian dan garis panduan mengenai bagaimana untuk membangunkan strategi individu yang berfungsi dengan baik apabila digunakan secara konsisten.

Bagi melengkapkan sukatan pelajaran seminar, para peserta seminar kami juga akan diberikan akses kepada alat analisis teknikal automatik yang popular daripada Tradepedia, iaitu indikator Avramis Analyser, yang memberikan pedagang dengan analisis automatik daripada beberapa indikator dalam masa yang singkat.

Untuk menempah tempat duduk anda secara percuma dan menyertai seminar kami di Lima, klik sini.