XM Memberi Sumbangan kepada Hospital Besar Famagusta untuk Memerangi Covid-19

Disiarkn di 31/03/2020 11:17 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Pada 30 Mac, XM telah menyampaikan sumbangan kepada Hospital Besar Famagusta yang berpangkalan di Cyprus dengan tujuan untuk menyumbang kepada perjuangan memerangi Covid-19.

Penyebaran jangkitan koronavirus yang merebak dengan pantas yang tidak pernah berlakuk sebelum ini telah menyebabkan hospital dan klinik di seluruh dunia mengalami kesulitan dalam perkhidmatan dan Cyprus juga tidak terlepas daripadanya. Hospital Besar Famagusta, yang berfungsi sebagai institusi penjagaan kesihatan rujukan untuk pesakit novel koronavirus juga menghadapi situasi kecemasan yang drastik dengan peningkatan jumlah pesakit yang menghidap penyakit berbahaya ini.

Sumbangan yang dilakukan oleh XM kepada Hospital Besar Famagusta adalah usaha untuk meringankan beban kakitangan perubatan tempatan untuk menghadapi situasi getir ini dan mengatasi krisis ini dengan peralatan perubatan yang diperlukan dalam unit penjagaan rapi mereka.

Dalam masa yang sama, barisan hadapan seperti doktor dan kakitangan perubatan lain yang terdedah setiap hari kepada Covid-19 ini bertungkus lumus melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa, kami percaya bahawa masih ada harapan untuk melawan penyakit ini jika kita sama-sama berpakat dan menyatakan sokongan kami kepada mereka yang membantu kami dengan menjaga dengan baik kesihatan mereka agar kekal sihat.