Siri Seminar XM Diteruskan ke Filipina

Disiarkn di 22/05/2019 07:54 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Jelajah seminar XM diteruskan di Filipina akan berada di dua bandar pada awal musim panas ini: Manila pada 13 dan Cagayan de Oro pada 27 Julai.

Seperti kebiasaan, ianya sesuatu yang menggembirakan untuk bertemu dengan para pelanggan kami dan memberikan mereka sumber-sumber pendidikan yang terbaik untuk membantu memperbaiki kemahiran dagangan mereka bagi mendapatkan hasil dagangan yang lebih baik. Seminar yang akan datang di Manila dan Cagayan de Oro ini direka khusus untuk pedagang forex yang ingin meluaskan pengetahuan mereka tentang analisis teknikal dan mempelajari bagaimana menggabungkan teknik-teknik yang berbeza dengan mudah apabila melabur dalam forex atau instrumen kewangan yang lain.

Di setiap lokasi seminar, instruktor forex profesional XM Jonathan Lou Reyes akan menyampaikan persembahan termasuk contoh praktikal mengenai topik dagangan bersama indikator Moving Average Ribbon, diperkenalkan kepada hadirin tentang bagaimana alatan analisis teknikal ini berguna untuk menentukan kekuatan trend pasaran, mengenal pasti kawasan rintangan dan sokongan serta potensi perubahan isyarat dagangan dalam trend pasaran.

Untuk membaca butiran lanjut dan mendaftar ke seminar XM di bandar dan tarikh pilihan anda, sila klik sini.