Seminar XM mengenai Strategi Forex Diadakan di Malaysia

Disiarkn di 27/03/2020 10:26 GMT. Baca Selanjutnya Berita syarikat

Kami dengan sukacitanya sekali lagi mengalu-alukan sejumlah besar pelanggan XM ke seminar forex percuma kami baru-baru ini yang diadakan di bandar Kedah pada 29 Februari dan Kuching pada 14 Mac.

Oleh kerana tujuan utama pendidikan XM adalah untuk menjadikan pengetahuan forex boleh diakses oleh pelabur atas talian di seluruh dunia, selari dengan acara pendidikan percuma kami yang berjalan sepanjang tahun di beberapa negara, baru-baru ini kami telah menganjurkan seminar forex kami untuk para pedagang dari Malaysia yang berminat dalam teknik-teknik analisis teknikal.

Topik seminar Berdagang dengan Indikator Avramis River telah disampaikan oleh Mohd Helmi Izani di Kedah, manakala audiens kami di Kuching berpeluang untuk mempelajari maklumat berharga daripada instruktor forex Zulkifli Razak.

Di setiap lokasi acara, para tetamu acara kami dapat mengetahui penggunaan indikator teknik mengikuti aliran dan strategi untuk membantu mereka menghasilkan keputusan dagangan yang lebih menguntungkan dengan lebih berkesan. Kemuncak utama dalam sukatan pelajaran yang dibentangkan ialah indikator yang paling dicari-cari iaitu alat dagangan milik Tradepedia, yang dikenali sebagai Avramis River, yang khusus dibangunkan untuk digunakan pada platform dagangan MT4 dan MT5.

Sehingga kami kembali ke Malaysia, kami ingin menjemput pelabur atas talian yang berminat untuk meneruskan pendidikan forex mereka dengan mengikuti sesi webinar percuma kami secara langsung di sini.